Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Kedudukan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia masih belum terungkai.

Mana tidaknya, nama Tajuddin sebagai duta tidak kelihatan dalam kalangan penerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan Malaysia keluar negara yang berlangsung di Istana Negara petang ini.

Yang tersenarai hanyalah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Lim Juay Jin, Shahril Effendi Abd Ghany (Jepun), Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah (Arab Saudi) dan Khairi Omar (Iran) dianugerahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Setakat jam 5 petang tadi, belum ada kenyataan rasm daripada kerajaan mahupun Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Semalam, media melaporkan Tajuddin telah digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Laporan yang memetik sumber kerajaan itu berkata, nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaharu penerima watikah pelantikan diplomat daripada Yang di-Pertuan Agong, petang tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast