Sebanyak 1,250 kekosongan jawatan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan diisi sehingga hujung tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata, ia merangkumi 1000 anggota dan pegawai bagi gred KB19 yang akan dilantik pada Majlis Tamat Latihan Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 1/2022 pada 14 hingga 18 Julai ini.
Manakala 250 lagi anggota akan ditauliahkan bagi gred KB29 dan KB41 pada Ogos depan.