Sumber : Anih Berhad

KUANTAN – Susur masuk dan keluar Gambang di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) akan ditutup selama dua hari bagi bermula malam esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan palang ‘gantry’ had ketinggian pembinaan jambatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pengendali lebuh raya tersebut, Anih Berhad mengingatkan pengguna bahawa pengurusan trafik secara ‘Stop and Go’ akan diaktifkan yang mana ia melibatkan penutupan susur keluar Kuantan ke Gambang bermula dari jam 11 malam pada 14 Julai ini sehingga 1 pagi pada 15 Julai 2022.

Susur masuk dari Gambang ke KL akan ditutup bermula dari jam 2 pagi hingga 5 pagi pada 15 Julai.

Penutupan secara berperingkat ini perlu bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan palang ‘gantry’ had ketinggian pembinaan jambatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Persimpangan Gambang, LPT 1, ujarnya.

Berikutan itu, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mereka atau elak menggunakan laluan tersebut pada waktu susur itu ditutup memastikan perjalanan yang selesa dan selamat.

Pengguna boleh merujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia atau ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur untuk maklumat lanjut

Maklumat terkini juga boleh didapati dari Youtube @ANIH TV atau hubungi hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 dan LPT-Line di talian 1-700- 818-700. – MalaysiaGazette