KUALA LUMPUR – Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse telah ditahan tengah hari tadi bagi membantu siasatan berkaitan tiga video yang tular yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Lelaki tempatan berusia 39 tahun itu telah ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi di ibu negara.
Dia kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini sebelum di bawa ke mahkamah esok untuk direman.
“Tangkapan dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” menurut sumber.
Artikel berkaitan: JAWI siasat wanita hafal al-Quran tanggal pakaian depan umum
DBKL gantung lesen premis tempat wanita tanggal baju, tudung
Wanita tanggal pakaian biadap, cemar imej Islam – Mapim
Pemuda UMNO mahu Crackhouse Comedy Club ditutup terus
Afdlin jijik, tarik sokong terhadap Crackhouse Comedy Club
Pembela lancar petisyen desak tutup terus Crackhead Comedy TTDI
Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan mendesak pengasas kelab komedi itu ditahan.
Dalam pada itu, pihak Bukit Aman dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu penahanan lelaki ini. – MalaysiaGazette