Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu Adam Adli Abd Halim mengingatkan pasukan baharunya supaya tidak memanjangkan pertelingkahan yang berlaku semasa pemilihan parti yang lalu.

Katanya, persaingan dan perbalahan yang berlaku semasa pemilihan parti baru-baru ini merupakan adat dalam pertandingan.