Lelaki yang dituduh tertembak rakan sendiri hingga menyebabkan kematian di Sungai Gabai, Batu 18, Ulu Langat, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Tertuduh, Sali Hashim, 43, yang mengenakan pakai t-shirt berkolar belang kelabu merah membuat pengakuan tersebut dari kandang tertuduh selepas pertuduhan dibacakan dalam prosiding yang bermula lebih kurang jam 10.30 pagi tadi.