Sebuah pesawat pemadam kebakaran berfungsi untuk mengawal kebakaran hutan di Leiria, Portugal Foto Reuters

LISBON – Seorang juruterbang maut pada Jumaat selepas pesawat yang dipandunya terhempas ketika memadamkan kebakaran di perbandaran Vila Nova de Foz Coa di utara Portugal, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kematian diumumkan di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Institut Kecemasan Perubatan Kebangsaan.

Mayat juruterbang ditemui rentung dan pesawat musnah, kata pihak berkuasa.

Pesawat itu tidak membawa penumpang lain ketika kejadian.

Pejabat Pencegahan dan Penyiasatan Kemalangan Pesawat dan Kemalangan Kereta Api telah melancarkan siasatan ke atas kemalangan itu.

Presiden Portugis, Marcelo Rebelo de Sousa menzahirkan rasa sedih atas kematian juruterbang itu.

Portugal kini berada dalam situasi luar jangka sehingga 15 Julai, berikutan risiko kebakaran yang semakin teruk dengan suhu boleh melebihi 45 darjah Celsius di beberapa bahagian negara. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast