PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menahan seorang lelaki tidak sampai 24 jam selepas dia disyaki melarikan barang kemas bermilai RM35,000 dari sebuah kedai emas di Teluk Intan dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di kawasan perumahan di Jalan Lapangan Siber, Bandar Cyber di Ipoh pada pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang Khamis lepas, suspek dikatakan memeriksa beberapa utas rantai tangan kononnya untuk dibeli, namun sebaliknya suspek terus melarikan barang kemas itu dengan menaiki sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 50 meter dari kedai berkenaan.

Katanya, polis turut merampas barang kemas iaitu dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher yang dianggarkan bernilai RM35,000 daripada suspek yang didapati positi dadah jenis Methamphetamine itu.

Ahmad Adnan berkata, suspek yang memiliki empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette