Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik dan pelakon, Hans Isaac terpilih menganggotai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Maszlee mendapat undi tertinggi iaitu 1, 091 sementara Han Isaac memperoleh 729 undi.

Sementara itu, 13 daripada 23 calon yang disenaraikan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk menganggotai MPP PKR terpilih menduduki kerusi tersebut.

Mereka adalah Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Fahmi Zainol, Simon Ooi, Romli Isham, Tan Kar Hing, Muhammad Bakhtiar, Wong Chen, Nurin Aina @ Nor Azria Surip, Syed Ibrahim Syed Noh, Lee Chean Chung, Hans Isaac dan Raiyan Abdul Rahim.

Seramai 2,665 orang perwakilan mengundi memilih 20 calon bagi menduduki kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Pemilihan MPP PKR berlangsung semalam dengan seramai 2,665 orang perwakilan mengundi memilih 20 calon bagi menduduki kerusi tersebut.

Senarai penuh MPP PKR:

Maszlee Malik 1, 091
Akmal Nasrullah Mohd. Nasir 956
Romli Ishak 878
Fahmi Zainol 817
Mohd. Yahya Mat Sahri 804
Nurin Aina @ Nor Azrina Surip 797
Lee Chean Chung 788
Siti Aishah Shaik Ismail 783
Syed Ibrahim Syed Noh 739
Gerald Hans Isaac 729
Simon Ooi Tze Min 703
Wong Chen 697
Raiyan Abdul Rahim 697
Tan Kar Hing 648
Zahir Hassan 642
David Cheong Kian Young 622
Hee Loy Sian 619
Amidi Abdul Manan 617
Elizabeth Wong Keat Ping 598
Muhammad Bakhtiar Wan Chik 594.- MalaysiaGazette