Speaker Azhar Azizan Harun Parliament Dewan Rakyat Covid-19 positive
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang menolak usul pembangkang untuk membahaskan isu rampasan dua aset anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Azerbaijan oleh waris kesultanan Sulu menafikan ia membabitkan kepentingan konflik.

Azhar Azizan menjelaskan perkara itu selepas pembangkang menimbulkan isu yang mengaitkan keputusannya menolak untuk dibahaskan kerana abangnya, Tan Sri Idrus Harun adalah Peguam Negara.

Beliau berkata, penolakan itu dibuat kerana usul itu bersifat subjudis memandangkan terdapat beberapa prosiding berkaitan kes tersebut masih berjalan di mahkamah.

“Saya menafikan bahawa terhadap konflik kepentingan (apabila buat keputusan tolak usul tersebut) saya tidak pernah masuk campur dengan hal yang abang saya buat ini. Saya tidak bercakap dengan dia pun.

“Saya tidak pernah bercakap soal kerja dengan beliau dan sekiranya apa-apa yang berlaku dalam dewan ini yang akan menyentuh mengenai beliau, maka saya selalunya akan mengecualikan diri saya daripada membuat keputusan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum sesi pagi sidang Dewan Rakyat berehat rehat, pembangkang membuat kecoh selama lebih setengah jam selepas Azhar Azizan memutuskan untuk menolak usul yang dikemukan Isnaraissah Munirah Majilis@ Fakharudy (Warisan-Kota Belud) untuk membahaskan isu tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Kekecohan bermula apabila Isnaraissah Munirah bangkit mempersoal keputusan Azhar Azizan yang tidak meluluskan usul kali ketiga yang dibawanya.

“Saya cukup hairan (dan) mahu tanya kerajaan persekutuan sampai tahap apa yang bahas ini dibolehkan? Dibahaskan dalam dewan ini?. Ini soal kedaulatan negara. Bukan soal remeh-temeh,” tegas beliau.

Episod itu mengakibatkan bekas Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast