Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak telah mengemukakan lebih banyak bahan bukti berhubung penglibatan Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali dalam perbincangan penubuhan SRC International dan pemberian kemudahan pinjaman RM4.17 bilion untuk 1MDB memperoleh Tanjong Energy kepada Mahkamah Persekutuan dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Untuk makluman, Mohd Nazlan yang mendengar dan memutuskan Najib bersalah atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta SRC International merupakan peguam dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank.

Portal FMT melaporkan, antara dokumen itu termasuklah minit mesyuarat dan e-mel menunjukkan Mohd Nazlan dalam kapasiti sebagai bekas setiausaha syarikat Maybank dan penasihat undang-undang.

Dokumen-dokumen itu dakwa Najib dalam afidavitnya sepatutnya sudah membuktikan Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan dan sepatutnya dilucutkan kelayakan daripada mengetuai pendengaran SRC International.

Sebelum ini, dalam afidavit yang telah dikemukakan, Najib turut memohon untuk mendapatkan keterangan lisan dari empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat Mohd Nazlan baru-baru ini.

Dakwa Najib, semasa siasatan dokumen-dokumen tersebut telah ditunjukkan kepada Mohd Nazlan dan beliau telah mengesahkan penglibatan tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan akan menghadapi beberapa cabaran dalam permohonan bukti dan dokumen dikemukakan olehnya.

Antara  peraturan am, bukti baharu hanya akan diterima semasa rayuan jika ia memenuhi beberapa keperluan dan yang pertama ialah ia mestilah tidak tersedia pada pendengaran asal walaupun menggunakan usaha yang munasabah.

Ini sekaligus sudah menjadi keperluan untuk Najib menjelaskan bagaimana dokumen itu menjadi miliknya.

Afidavit Najib mendakwa set kedua dokumen  sebenarnya telah dihantar oleh seseorang tanpa nama ke depan pintu kediamannya di Langgak Duta di sini pada 7 Julai lalu.

Soalnya adakah mahkamah tertinggi menerima penjelasan itu?

Adakah mahkamah akan menganggap bukti itu diperoleh secara tidak sah kerana kerana bahan itu telah digunakan semasa siasatan SPR?

Peraturan juga menyebut bukti yang diperoleh secara haram masih boleh diterima jika ia berkaitan dengan perkara yang menjadi isu di hadapan mahkamah.

Bagaimanapun dalam kes Najib ianya sungguh ‘unik’.

Lazimnya, tertuduh akan membantah pergantungan pihak pendakwaan terhadap bukti yang diperoleh secara tidak sah untuk membuktikan berlakunya jenayah.

Dalam kes ini, pembelaan yang berhasrat untuk menerima keterangan yang didakwa oleh pihak pendakwaan sebagai rahsia, keistimewaan dan diperoleh secara tidak sah.

Afidavit Najib mengatakan bahawa beliau telah “difahamkan bahawa apabila ditanya oleh pegawai SPRM tentang pengetahuan/penglibatannya …, Hakim Nazlan pada mulanya menafikan mempunyai sebarang pengetahuan …, tetapi hanya selepas berhadapan dengan rangkaian e-mel dan dokumen oleh pegawai SPRM (adakah Nazlan mengaku) ​​bahawa dia memang terlibat.

Beliau kemudian mencabar pihak pendakwaan untuk membuktikan sebaliknya.

Soalnya adakah dakwaan itu sahaja sudah memadai untuk mengalihkan beban pembuktian kembali kepada pihak pendakwaan?

Adalah satu prinsip undang-undang sejak dulu lagi bahawa dalam situasi seperti ini, hakim sendiri tidak dibenarkan untuk mengesahkan atau menafikan dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Dalam kes sebegitu, adakah pihak pendakwaan terpaksa menjawab dakwaan Najib tentang apa yang Mohd Nazlan mungkin katakan atau tidak semasa siasatan SPRM?

Terdapat juga pertimbangan dasar awam oleh Mahkamah Persekutuan, contohnya, membenarkan bukti sedemikian menggalakkan kebocoran daripada sumber dalam pihak berkuasa penyiasat?

Perkara itu perlu pula diseimbangkan dengan hak asas perlembagaan Najib untuk perbicaraan yang adil kerana sehingga kini beliau telah mendakwa hak asasi itu telah dinafikan oleh Mohd Nazlan.

Dakwa Najib, Mohd Nazlan sebenarnya sudah mengetahui fakta-fakta tertentu telah memprediksi bahagian yang relevan dalam kes itu termasuk penemuan penting Najib mempunyai kawalan menyeluruh ke atas SRC.

Mahkamah mempunyai banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, bukan sahaja apa yang menimpa Najib sebaliknya juga persepsi awam terhadap integriti sistem kehakiman serta pihak berkuasa pendakwaan dan penyiasatan. -MalaysiaGazette