Najib Razak

KUALA LUMPUR -Datuk Seri Najib Razak mencabar  Rafizi Ramli untuk menyangkal dan membuat laporan polis berhubung lima perkara yang membabitkan pembohongan olehnya.

Lima perkara itu membabitkan kenaikan hutang kerajaan RM324 bilion kepada RM686.8 bilion tetapi saiz ekonomi pula naik RM659.4 bilion dalam tempoh yang sama.

Najib turut mencabar Timbalan Presiden PKR itu untuk menyangkal dan membuat laporan polis bahawa beliau tidak menjarah Petronas sepanjang tempoh jadi Perdana Menteri. selain menaikkan aset bersih Khazanah Nasional naik hampir empat kali ganda daripada RM33 bilion kepada RM116 bilion semasa beliau pentadbiran beliau.

Rafizi dicabar untuk menafikan ringgit serta indeks Bursa Malaysia tak pernah memulih ke paras sebelum PRU14 dalam masa PH dan PN sehingga kini.

Malah, Rafizi turut dicabar untuk menyanggah  purata dividen serta hibah tabung-tabung simpanan kerajaan adalah jauh lebih tinggi masa Najib berbanding selepas PRU14.

“Itu saja kali ini. Piji jangan malas buat kerja, ya?,” kata Najib.

Cabaran itu dibuat oleh Najib selepas Rafizi menetapkan beberapa tugas yang perlu dipikul ahli parti dalam tempoh terdekat antaranya menyanggah kenyataan Najib.

Sebagai permulaan, Rafizi yang baharu sahaja dilantik ke jawatan itu pada pemilihan lalu meminta semua perwakilan di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Najib ekoran Ahli Parlimen Pekan itu didakwa memainkan isu perkauman dan meracuni pemikiran rakyat.

Najib yang mengulas tindakan Rafizi berkata, beliau sama sekali tidak takut sebaliknya berkata, apa yang ditulisnya di Facebook adalah berdasarkan fakta dan ada asas kepada apa yang beliau katakan.

Beliau juga berkata, pembohongan di media sosial bukanlah satu jenayah melainkan ia menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya.

Dan jika pembohongan sebenarnya satu jenayah, dakwa Najib, Ahli Parlimen Pandan itu sudah 10 tahun meringkuk dalam penjara.

”Buatlah ramai-ramai polis report. Saya tak pernah takut sebab saya tak tipu macam kamu,” katanya di Facebook semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast