Pesawat IndiGo. Foto Reuters

NEW DELHI – Syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo terpaksa melencongkan pesawatnya ke Karachi, Pakistan kerana berlaku “kecacatan teknikal”.

Ia merupakan kejadian kedua seumpamanya bagi syarikat penerbangan India yang melibatkan pendaratan tidak berjadual dalam masa kurang dua minggu.

Penerbangan itu dalam perjalanan ke Sharjah di Emiriah Arab Bersatu dari bandar selatan Hyderabad.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku.

“Penerbangan IndiGo 6E-1406, beroperasi dari Sharjah ke Hyderabad telah dilencongkan ke Karachi. Juruterbang mendapati berlaku masalah teknikal,” kata IndiGo dalam satu kenyataan kepada media.

IndiGo sedang menghantar penerbangan tambahan ke Karachi untuk membawa penumpang kembali ke Hyderabad, katanya.

SpiceJet berkata, pada 5 Julai sebuah pesawat Boeing 737 dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di Karachi kerana lampu penunjuk bahan api tidak berfungsi, menyebabkan badan pemerhati syarikat penerbangan mengeluarkan notis amaran.

India telah menyaksikan kebangkitan kukuh dalam perjalanan udara domestik dan antarabangsa dalam beberapa bulan susulan penarikan sekatan Covid-19. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast