Wednesday, April 17, 2024
Home Seni Hidup Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi

Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi

KUALA LUMPUR – Gara-gara sambuatan luar biasa, konsert sempena sambutan ulang tahun ke-30 kumpulan Dewa 19 di Axiata Arena, Kuala Lumpur akan ditambah satu malam lagi pada 9 September ini yang menjadikan dua malam.
Tiket-tiket berharga RM168 sehingga RM488 boleh didapati bermula pukul 3 petang ini di laman web https://www.ticket2u.com.my/dewa19.
Semalam, tiket untuk menyaksikan Konsert 30 Years of Dewa 19 pada Sabtu, 10 September depan habis terjual dalam tempoh sejam selepas talian dibuka pada jam 11 pagi.
Menerusi hantaran yang dimuatnaik siri jelajah konsert “30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu” di akaun Instagram @dewa19anniversarytour, vokalis Ahmad Dhani berkata, ia sebagai membalas sokongan daripada peminat di Malaysia.
“Tiket habis terjual dalam satu jam, kami sangat berbesar hati dengan sokongan Baladewa dan Baladewi ini.

“Jadi dengan sokongan anda, kami akan menambah satu lagi malam konsert pada 9 September di venue sama,” katanya di laman Instagram.

Jelas Ahmad Dhani, Malaysia merupakan satu-satunya lokasi dengan penganjuran konsert selama dua hari.

Selain Dewa 19, konsert ini juga menampilkan barisan penyanyi dari Ari Lasso, Once, Virzha dan penyanyi terbaharu, Ello.

Konsert ini mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi, manakala Kesion Malaysia dan EF Media pula selaku rakan media rasmi. – MalaysiaGazette