Perbincangan berkaitan isu tuntutan kumpulan Sulu oleh mana-mana pihak perlu berfokus kepada penyelesaian yang tuntas.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, isu berkenaan sekiranya dibincangkan di dalam Dewan Rakyat ataupun oleh pihak-pihak berkepentingan perlu mengambil kira aspek yang boleh membawa kepada kebaikan untuk negara.