logo mahlamah

KUALA KRAI – Seorang penganggur yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi satu hantaran video, direman empat hari bermula hari ini.

Lelaki berusia 35 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira 9.45 pagi diiringi anggota polis.

Perintah reman sehingga 22 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias bagi siasatan mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam lelaki itu ditahan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, selepas polis menerima laporan suspek menghina agama Islam menerusi akaun Facebook Saidinar Dina (Bos Dina). – Bernama