Datin voice clip audio Wisma Putra UAE Ministry of Foreign Affairs
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim . Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Seramai 19 penumpang bas persiaran cedera apabila kenderaan itu hilang kawalan dan terbalik di Lebuhraya Sultan Iskandar, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, bas yang membawa 24 penumpang itu dipercayai melanggar tembok konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik.

“Siasatan awal yang dijalankan polis di lokasi kejadian mendapati bas yang dipandu telah hilang kawalan dan terbabas sendiri dengan melanggar tembok konkrit pembahagi jalan lalu terbalik ke sebelah kiri di laluan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Menurut Azmi, siasatan masih dilakukan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987.

Sebuah bas persiaran yang dilaporkan membawa 24 penumpang dari Ipoh menghala ke Singapura terbalik selepas hilang kawalan pada jam jam 12.05 pagi. -MalaysiaGazette