Ketua Pengawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari (kanan).

KUANTAN – Halal Development Corporation Berhad (HDC) menjalinkan kerjasama strategik bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi melahirkan bakat tenaga kerja produk halal.

Ketua Pengawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari, kerjasama tersebut bagi memenuhi permintaan industri bukan sahaja di Malaysia malah peringkat global.

Kerjasama strategik itu dimeterai dengan acara pertukaran surat tunjuk minat antara wakil UMP, Penolong Naib Canselor (Bahagian Klaborasi Industri dan Masyarakat), Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin bersama Hairol Ariffein mewakil HDC.

Menurut Hairol, kerjasama ini dilaksanakan seiring hasrat kerajaan negeri supaya modal insan yang dilahirkan adalah seimbang dan holistik dengan minda keusahawanan, berketrampilan dan berdaya saing dalam memenuhi keperluan industri dan negara.

“Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh semua pihak seperti Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang (UPEN), Pembangunan Kerajaan Negeri Pahang (PKNP), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Suruhanaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), SIRIM dan PUNB yang terlibat dalam menjayakan JHM Pahang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, rakan strategik HDC seperti Bank Islam (M) Berhad, Jomsettle, Labuan RE, MicroLeap dan TRX Islamic yang turut serta dalam program berkenaan.

Hairol berkata, dengan sinergi mengharmonikan ekosistem halal ini, HDC akan terus menggerakkan usaha kami dan membantu membangunkan keusahawanan Halal di Pahang.

Tambahnya, HDC juga telah membangunkan Platform Bersepadu Halal (HIP) bagi menghubungkan pengusaha halal bantu usahawan meneroka peluang perniagaan baharu menerusi medium digital agar mudah dihubungkan dengan industri halal lain serta memperoleh perkhidmatan sokongan dalam perniagaan.

Dalam pada itu HDC menyasarkan sekitar 50,000 syarikat dalam industri halal tempatan mempunyai pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia menjelang 2030. – MalaysiaGazette