Fioto; Twitter Chris Cavas
MOSCOW – China membina kapal selam baharu, varian Type 039 (NATO mengkategorikannya sebagai kelas Song) yang mana mengetengahkan reka bentuk moden dan dibangun sepenuhnya oleh negara itu.
Layar kapal selam itu dinaik taraf, termasuk rekaan sudut yang unik yang mana para pemerhati berkata, ia memperbaiki keupayaan daripada dikesan.
Desas desus mengenai kapal selam itu timbul pada Isnin lalu apabila akaun WeChat rasmi Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menyiarkan gambar-gambar mengenai kantin kelasi yang dinaik taraf di pengkalan tentera laut di Zhejiang, wilayah Ningbo yang merupakan, lokasi Pemerintah PLA Timur.
Latar belakang salah satu gambar itu memaparkan sebuah kapal selam dengan bentuk yang bersudut ganjil dengan satah layar yang lebih kecil, lapur Sputnik.
Menurut portal berita Eastday.com, para penganalisis percaya rekaan baharu itu boleh mengurangkan penjejakan radar dan sukar dikesan apabila berada di permukaan air.
Ia juga dilengkapi dengan sistem baharu bagi membantu Type 039 melancarkan peluru berpandu dengan pelancarannya dilakukan menerusi tiub torpedo dan bukan menggunakan tiub menegak bagi menjimatkan ruang.
Tiada pengumuman rasmi dilakukan PLA mengenai kapal selam itu, atau varian Type 039, yang menyebabkan timbulnya spekulasi.
Bagaimanapun, sumber yang tidak mahu dikenali memberitahu South China Morning Post (SCMP) semalam bahawa, ia berlaku tidak lama dahulu.
“(Operasinya) berlaku baru-baru ini ketika beberapa kapal selam lama perlu diganti,” kata sumber itu kepada akhbar yang berpangkalan di Hong Kong itu.
Terdapat beberapa pemerhatian kapal selam itu setahun lalu di Sungai Huangpu, Shanghai dengan gambarnya disiarkan di laman media sosial China.
Berikutan itu, timbul spekulasi mengenai varian baharu Type 039 dan para pemerhati mendapati rekaaannya sama seperti kapal selam Saab buatan Sweden, A26 dengan rekaan radikal yang mana pembinaanya bermula beberapa minggu lalu. – Agensi