Onn Hafiz beramah mesra dengan peserta yang menyertai 70.3.

KOTA TINGGI – Sebanyak 1,475 atlet daripada 50 negara akan beraksi pada kejohanan sukan lasak Ironman 70.3 Desaru Coast, Kota Tinggi, Johor esok.

Malaysia menghantar atlet teramai iaitu 604 orang diikuti Singapura, 349 peserta.

Negara lain yang terlibat, adalah Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Perancis dan Great Britain.

Iron Man 70.3 Desaru Coast melibatkan tiga disiplin iaitu acara berenang sejauh 1.9 kilometer, berbasikal 90 kilometer dan larian 21.1 kilometer.

Semalam, 122 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 menyertai Ironkids, sebagai acara pembuka tirai kejohanan itu.- MalaysiaGazette