Azmi Abu Kassim

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas yang ditahan dan disiasat polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah direman sekali lagi selama empat hari lagi oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Suspek berusia sekitar 30-an itu telah direman semula untuk membantu siasatan kes tersebut selepas diserahkan oleh Polis Selangor hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi MalaysiaGazette petang tadi mengesahkan penahanan reman ke atas suspek tersebut.

“Kontinjen KL sudah menerima suspek daripada kontinjen Selangor semalam selepas reman dia selama tujuh hari tamat pada hari Sabtu.

“Pagi tadi kita telah membawa suspek ke mahkamah sebelum berjaya memperolehi perintah untuk direman selama empat hari lagi bermula hari ini (Ahad) hingga 27 Julai ini untuk membantu polis meneruskan siasatan dalam kes ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penceramah bebas ditahan rogol remaja

Ustaz didakwa rogol remaja diserah kepada Polis KL esok – Sasikala

Penceramah bebas akan direman hingga minggu depan

Tambah beliau, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Semalam Azmi mengesahkan pihaknya akan mengambil alih siasatan kes rogol itu.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 18 Julai 2o22 jam 4.50 petang ketika hadir untuk membantu siasatan polis selepas mangsa membuat laporan polis terhadapnya pada 16 Julai lalu.

Siasatan awal polis mendapati suspek dan remaja perempuan itu mula berkenalan sejak Mei 2021 selepas mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanya mengenai masalah agama yang dihadapinya sebelum hubungan mereka terjalin sejak Mei tahun lalu.

Penceramah bebas dan mangsa dikatakan pernah mengadakan hubungan intim beberapa kali di lokasi berbeza.

Polis menerima empat laporan – dua di Selangor dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Perak berhubung kes ini.

Dalam pada itu, mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa rogol membabitkan penceramah bebas ini dinasihati segera membuat laporan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast