Virus 'Monkeypox', atau Cacar Monyet.

GENEVA – Wabak monkeypox telah diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Klasifikasi itu adalah amaran tertinggi yang boleh dikeluarkan oleh WHO dan mengikuti peningkatan kes di seluruh dunia.

Amaran ini dikeluarkan pada penghujung mesyuarat kedua jawatankuasa kecemasan WHO mengenai virus itu.

Lebih 16,000 kes kini telah dilaporkan dari 75 negara, kata ketua pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Hanya terdapat dua lagi kecemasan kesihatan seperti itu pada masa ini iaitu pandemik koronavirus dan usaha berterusan untuk membasmi polio. – BBC