Nik Saiful Adli (dua dari kanan) diumumkan memenangi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap GPMS. Kebangsaan.

KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kelantan mencipta sejarah manis apabila membawa pulang pelbagai kejayaan dan anugerah dalam Persidangan Agung Tahunan GPMS Kebangsaan ke 67 semalam.

Persidangan selama dua hari diadakan di sebuah hotel di ibu kota itu dihadiri 480 perwakilan dari 12 negeri seluruh negara.

Dalam Persidangan itu, GPMS Kelantan yang dipengerusikan Mejar Bersekutu (PA) Azwan Mat Hussain telah memenangi Anugerah Mohd Noor Marahakim Kategori GPMS Negeri Aktif selepas kali terakhir memenangi anugerah tersebut pada tahun 2012.

Dua calon dari Kelantan juga, Mejar Bersekutu (PA) Wan Muhammad Faisal Wan Zin dan Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Nurul Ain Razali telah memenangi Anugerah Tokoh Penggerak Muda GPMS kategori lelaki dan wanita.

Dr. Nurul Ain Razali (kanan) dinobatkan Tokoh Penggerak Muda GPMS kategori Wanita.

Persidangan yang melibatkan pemilihan jawatankuasa tiga tahun sekali itu menyaksikan pertandingan hampir semua jawatan penting termasuk Presiden GPMS.

Dalam pemilihan itu, calon dari Kelantan yang juga penyandang jawatan Naib Presiden, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Nik Saiful Adli Burhan memenangi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap GPMS Kebangsaan.

GPMS bagi tempoh tiga tahun lagi bakal diterajui bekas Bendahari Agung, Muhd Fazreen Ismadi yang memenangi jawatan Presiden menewaskan calon tunggal dari Pulau Pinang, Mohamed Shamir Abdul Aziz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast