Perdana Menteri kecewa dengan tindakan segelintir majikan yang menawarkan gaji tidak setimpal dengan kelayakan warga tempatan.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berdasarkan statistik MYFutureJobs sehingga Julai tahun ini, kekosongan jawatan yang paling banyak ditawarkan di seluruh negara dalam lingkungan gaji antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.