Jurulatih wushu, Gjeblehim Bong Teck Fuu dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan melakukan gangguan seksual ke atas atlet bawah umur di Mahkamah Sesyen Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 26 MEI 2022.

PUTRAJAYA – Seorang jurulatih wushu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan bawah umur di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Gjeblehim Bong Teck Fuu, 31, yang hadir memakai jaket dan berkemeja biru membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah, Datin Kunasundary Marimuthu hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan gangguan seksual terhadap mangsa berusia 10 tahun, yang juga pelatihnya di Dong Wu Academy di Jalan Klang Lama dengan meramas payu dara serta menyentuh puting dengan niat melakukan serangan seksual.

Tertuduh juga pada 13 April lepas sekitar jam 7.15 malam telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa berusia 12 tahun di belakang dewan latihan Wushu di Jalan Klang Lama.

Kesalahan tersebut diulang terhadap mangsa sama pada 24 April lalu dalam sebuah kereta di tempat letak kereta di Pusat Akuatik Bukit Jalil.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual amang terhadap mangsa berusia 12 tahun dengan mengurut, meramas dan menjilat buah dadanya di tempat letak kereta di hadapan bangunan Rukun Tetangga Persiaran Lemak Taman Segar, Cheras.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan kes pula pada 30 September ini.

Jurulatih wushu itu telah ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas atlet di bawah kendaliannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek ditahan di rumahnya di Taman Kajang Mewah, Selangor pada 11 Mei lalu.

Sementara itu, polis Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak melibatkan seorang jurulatih wushu yang ditahan apabila disyaki melakukan amang seksual terhadap atletnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast