MGNews : Suspek Bunuh Warga Pakistan Didakwa

Dua suspek didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan di sebuah bangunan kondominium di Kelana Jaya pada 12 Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu S. Kumara Rao, 55, dan R.Ramesh, 45, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.