Minion Otto dalam Minions Illumination's: The Rise of Gru, diarahkan oleh Kyle Balda.

THE Minions mungkin untuk kanak-kanak tetapi itu bukanlah halangan untuk mereka yang lebih dewasa untuk turut sama menontonya. Minions: The Rise Of Gru ialah kisah bagaimana Gru yang ketika itu berumur 12 tahun menjadi seorang penjahat berlatarkan tahun 1976. Ketika itu Gru merupakan seorang peminat Vicious 6, satu kumpulan
penjahat bertaraf superstar dan Gru beragan-angan untuk menjadi sebahagian daripadanya.

Apabila kumpulan itu memulakan ujibakat untuk mencari rekrut baru, Gru memohon dan ketika berlangsungnya sesi temuduga, Gru telah diejek oleh ahli kumpulan tersebut. Gru berasa terhina dan mula bertindak balas dengan mencuri seutas batu loket ajaib yang boleh memanggil kuasa zodiak Cina. Loket itu kemudiannya bertukar tangan dari satu pihak ke pihak lain dan pada masa yang sama Gru telah diculik oleh seorang penjahat terkenal iaitu Wild Knuckles; ahli asal kumpulan Vicious 6.

Antara aksi dalam filem Minions: The Rise of Gru

Mengetahui bahawa Gru diculik, sekumpulan minion terpilih iaitu Kevin, Stuart, Bob serta Otto telah pergi ke San Francisco untuk menyelamatkan Gru dan dalam pada itu, mereka bertemu Master Chow seorang ahli kung fu yang terkenal dan dia melatih mereka mendalami selok belok kung fu. Pertempuran terakhir berlaku di pusat bandar di San Francisco semasa perarakan Tahun Baru Cina. Otto membawa batu loket tersebut kembali ke Gru, tetapi mereka ditemui dan ditangkap oleh Vicious 6. Penjahat itu telah merampas batu loket itu dan berubah menjadi raksasa haiwan gergasi serta hampir berjaya membunuh Gru.

Seterusnya Knuckles dan tiga Minion iaitu Kevin, Stuart, Bob terus melawan Vicious 6 dengan mempraktikkan ilmu kung fu yang baru sahaja dipelajari bagi melindungi Gru. Pelbagai aksi menarik dipertontonkan demi mendapatkan kembali batu loket tersebut dan dipenghujungnya Gru berjaya memperoleh batu tersebut dan menukarkan
kesemua ahli Vicious 6 menjadi tikus.

Filem ini turut memaparkan banyak detik lucu diantaranya ialah ketika mereka berguru dengan Master Chow untuk mendalami ilmu kung fu. Selain itu adegan dua Minion memandu jet penumpang juga amat melucukan tetapi seperti yang sering kali berlaku semua aksi menampilkan banyak adegan pergaduhan dan kejar mengejar yang berpanjangan serta kadang kala agak menjemukan.

Sungguhpun demikian Minions: The Rise of Gru kekal sebagai aksi pengembaraan yang menyeronokkan dan menghiburkan buat peminat baharu dan juga lama. Dengan aksi mereka yang selamba serta sifat ingin tahu menjadikan file mini tetap menarik untuk ditonton bersama keluarga.

Oleh: Rasfan Abu Bakar
Dekan Fakulti Animasi & Multimedia, Akademi Seni Budaya &
Warisan Kebangsaan (ASWARA)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast