Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT bagi laluan Ampang/Sri Petaling terkesan ekoran gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata, gangguan kira-kira pada jam 12.48 tengah hari ini melibatkan 11 stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak sehingga Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.

Akibat masalah ini, tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform.

Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan.

Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada jam 1.35 petang, ujarnya. – MalaysiaGazette