Gambar hiasan

NEW DELHI – Seorang pegawai kesihatan sedang disiasat kerana memberi vaksin kepada 30 pelajar dengan satu picagari di di Madhya Pradesh.

Insiden itu berlaku di sebuah sekolah di daerah Sagar ketika kanak-kanak diberi vaksin Covid-19.

Jitendra Rai, yang sedang memberi vaksin kepada kanak-kanak itu, memberitahu media, dia hanya diberikan satu picagari oleh jabatan kesihatan dan dia hanya menurut arahan.

Ibu bapa yang menemani anak-anak mereka melihat penggunaan satu picagari itu lalu  melaporkannya kepada pihak sekolah.

Apabila pegawai tiba di sekolah, Rai telah hilang dari sekolah dan telefonnya dimatikan.

Jabatan kesihatan negeri telah mendaftarkan kes kecuaian terhadapnya.

Kementerian Kesihatan India mewajibkan protokol “satu jarum, satu picagari, hanya sekali” untuk vaksin Covid-19.

India telah memberikan lebih 2.03 bilion vaksin Covid-19 setakat ini.

Picagari sekali guna digunakan secara meluas di India untuk mengelakkan penyebaran penyakit maut seperti HIV.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa insiden pada masa lalu apabila satu picagari telah digunakan semula di hospital kerana kekurangan peralatan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan India juga telah memulakan siasatan terhadap pegawai yang bertanggungjawab menghantar peralatan untuk

Jurucakap Parti Kongres menuntut menteri kesihatan negeri itu meletakkan jawatan berhubung insiden tersebut. – BBC