Covid-19 cases
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,926 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 23 kes import.

Peningkatan berterusan jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah terkumpul kes sebanyak 4,630,235.

Data COVIDNOW menunjukkan empat kematian yang dilaporkan dalam tempoh sama, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,946.

Kes aktif yang dilaporkan pula sebanyak 47,286 dengan kes yang dikuarantin di rumah 45,657.

Jumlah kes yang dirawat di hospital pula sebanyak 1,539 dengan 60 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 35 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh semalam sebanyak 3,542. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast