Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 2022/1444 Peringkat Kebangsaan dan Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Pahlawan Tahun 2022, di Masjid Wilayah Persekutuan, malam ini.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya rakyat jangan sesekali memperkecil, menghina dan mempersendakan agama semata-mata atas nama kebebasan bersuara.

Seri Paduka juga menuntut agar kesucian semua agama dipelihara dan dihormati pada setiap masa.

“Agama bukanlah merupakan satu perkara untuk bergurau senda dan dijadikan bahan jenaka.

“Beta khuatir perbuatan sedemikian bakal menyemarakkan api perkauman dan meruntuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang telah terbina semenjak sekian lama,” titah baginda sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2011M dan majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – BERNAMA