Mohamad Aniq Kasdan. Foto Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila meraih emas pertama negara pada temasya Sukan Komanwel 2022 di National Exhibition Center (NEC) di Birmingham, England sebentar tadi.

Beraksi bagi kategori 55 kilogram (kg) itu, Aniq berjaya mengumpulkan keseluruhan angkatan sebanyak 249 kilogram (kg) bagi disiplin snatch dan clean & jerk.

Bagi disiplin snatch, Aniq berjaya melakukan 107kg bagi angkatan pertama, namun gagal bagi angkatan kedua dan ketiga membabitkan berat 111kg.

Bagi disiplin clean & jerk Aniq memulakan angkatan 138kg. Namun bagi angkatan kedua 142kg, dia gagal sebelum bangkit melakukan angkatan 142kg lagi sekali untuk memastikan emas dalam genggaman dengan rekod baharu temasya.

Perak bagi kategori 55kg ini dimenangi atlet India, Sargar Sanket Mahadev yang menghimpun keseluruhan 248kg manakala pingat gangsa milik wakil Sri Lanka, Yodage DIK dengan himpunan 225kg. – MalaysiaGazette

Aniq mengenepikan cabaran atlet India, Sargar Sanket Mahadev dan wakil Sri Lanka, Yodage DIK.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast