TEHRAN – Pasukan perisikan dan keselamatan Iran menahan seorang warga Sweden kerana disyaki menjadi pengintip, kata Kementerian Perisikan negara itu.
Menurut kenyataan kementerian itu, individu tersebut telah beberapa kali melakukan perjalanan ke Iran selain beberapa kali menghubungi suspek dari beberapa negara Eropah dan bukan Eropah yang dibawah pemantauan dalam negara.
Tambahnya, individu yang tidak dikenal pasti itu menghubungi suspek warga asing yang berada di Iran dan melakukan perjalanan ke kawasan yang dikuasai rejim Zionis, lapor IRNA.
Menurut kenyataan itu, individu tersebut ditahan pasukan keselamatan Iran ketiika mahu meninggalkan negara berkenaan. – Agensi