Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa hadir ke pembukaan Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2022.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau tidak berasa tertekan biarpun kepimpinan UMNO mendesaknya untuk membubarkan Parlimen bagi menjalankan pilihan raya dalam kadar segera.

Beliau bagaimanapun berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sama ada dalam masa terdekat ataupun sebaliknya.

“Tak penting pun bila tarikh pilihan raya akan diadakan, tapi parti sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

“Jadi tiada tekanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada Mac lalu mendesak kerajaan untuk segera mengadakan PRU15 ekoran beberapa siri kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast