Beberapa anggota keluarga Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim kelihatan di kawasan menunggu Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah tiba di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, dekat sini pada jam 6 pagi tadi.

Ketika berita ini ditulis, jenazah Allahyarham sedang dimandikan.

Keluarga terdekat Allahyarham ada di sini bagi mengiringi jenazah beliau.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur akibat jangkitan pada injap jantung.

MalaysiaGazette difahamkan jenazah Allahyarham dijadual disembahyangkan di masjid ini kira-kira jam 10 pagi nanti sebelum dibawa ke Masjid Shah Alam untuk penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas waktu Zohor. – MalaysiaGazette