KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah Medan Gopeng, Ipoh menyebabkan seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan insiden itu yang dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 malam.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette