Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Sektor perniagaan termasuk pakar percukaian dijemput untuk memberi maklumbalas kepada KKA tersebut yang boleh dimuat turun melalui laman web https://budget.mof.gov.my/bajet2023/kertaskonsultasi/.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia telah menerbitkan sebuah Kertas Konsultasi Awam (KKA) untuk Bajet 2023 bertajuk “The Implementation Of Globe Rules In Malaysia” berkaitan dengan penglibatan Malaysia di dalam pelaksanaan Global Anti-Base Erosion (GloBe) Model Rules (Pillar Two) Initiative, inclusive Framework on Base
Erosion and Profit Shifting (BEPS).

Penerbitan KKA tersebut merupakan pelengkap kepada Kenyataan Pra-Bajet 2023 yang diterbitkan pada 3 Jun 2022, dan juga merupakan sebahagian daripada usaha keseluruhan MOF untuk mendapatkan maklumbalas rakyat serta perniagaan
berhubung cadangan dasar kerajaan yang akan dipertimbangkan untuk Bajet 2023.

Langkah ini telah bermula sejak tahun 2021 lagi bagi menambah baik dan meningkatkan penglibatan semua pihak dalam proses penyediaan Bajet tahunan.

MoF juga akan menerbitkan beberapa KKA Bajet 2023 berhubung dengan pembiayaan bagi pembangunan mampan, penerapan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelaksanaan subsidi secara bersasar.

Kerajaan yakin penerbitan KKA akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing bagi membolehkan kerajaan merangka sebuah bajet tahunan yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi negara.

Kementerian Kewangan mengalu-alukan maklumbalas bagi KKA ini sebelum atau pada 15 Ogos 2022. – MalaysiaGazette