Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Kejayaan pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Fahmi yang menduduki tempat ke-5 pada saingan akhir acara 100 meter Kejohanan Olahraga Dunia, Cali. merupakan satu pencapaian mengujakan seluruh rakyat Malaysia.

Lebih membanggakan, kejohanan kali ini secara tidak langsung menyaksikan Muhammad Azeem berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada sesi saringan lapan dengan catatan masa 10.09s, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Justeru, katanya, bakat serta kebolehan Muhammad Azeem perlu terus digilap agar lebih banyak kejayaan dapat dicipta pada masa akan datang.

”KBS akan terus berusaha dan menyokong sebarang usaha meningkatkan pencapaian atlet dalam semua disiplin demi kemajuan sukan negara,” katanya sambil mengumumkan pertimbangan Kementerian Belia dan Sukan untuk menaik taraf trek balapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat dan berpotensi besar dalam sukan olahraga.

SMK Gunung Rapat merupakan sekolah kluster sukan yang telah melahirkan banyak atlet termasuk Muhammad Azeem.

”Semoga segala usaha untuk mengembangkan kemajuan dan industri sukan di negara ini mendapat sokongan semua pihak agar nama Malaysia terus harum di persada antarabangsa,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast