MOSCOW – Sesi pemilihan perdana menteri baharu United Kingdom (UK) telah ditangguhkan akibat ancaman siber, lapor Sputnik memetik The Telegraph.
Ibu Pejabat Komunikasi (GCHQ) UK memberi amaran bahawa penggodam mampu menipu undian, menurut akhbar itu.
Berikutan itu Parti Konservatif terpaksa membatalkan pelan awalnya untuk membenarkan ahli parti mengundi pemimpin yang bakal menerajui parti dan negara itu. – Bernama