KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua orang lagi hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan kuota pekerja asing di negara ini selepas penahanan lapan individu semalam.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30an dan 50an itu masing-masing merupakan ahli perniagaan dan pemilik syarikat agensi pekerjaan telah ditahan kira-kira jam 10 dan 12 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Sumber berkata, ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan manakala seorang lagi suspek tersebut kerana disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing.
Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos 2022 selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.
Semalam, SPRM telah menahan lapan individu dengan enam daripadanya direman tiga hari manakala dua lagi suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette
SPRM tahan 8 individu termasuk termasuk seorang CEO kes rasuah kuota pekerja asing