PETALING JAYA – Seorang nenek, Maznah Harun, 81 tahun menjadi antara pemenang kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya’ anjuran MBSB Bank Berhad hari ini.
Maznah dari Terengganu membawa pulang Skuter BMW C400x yang berharga RM45,000.
“Tak sangka sungguh tuah menyebelahi saya,” katanya yang begitu ceria ketika ditemui di sini.
Kempen ”Simpan Berganda Menang Bergaya’ ini menawarkan hadiah bernilai RM2.4 juta termasuk kereta mewah, motosikal, telefon pintar dan wang tunai.
Bermula sejak 21 Jun 2021 hingga 31 Mei lalu, kempen ini hanya menerima penyertaan secara automatik dalam kalangan pemegang Akan Semasa atau Simpanan PrimeWin (CASA-) Bank MBSB dengan deposit minimum RM100 menyediakan lapan Kategori Cabutan iaitu Bulanan, Suku Tahunan, Digital, Penyimpan Baharu, Kesetiaan, Serantau, Khas serta Hadiah Utama.
Pemenang utama bagi kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya’ dimenangi Huang Wee Wan, 63, dari Negeri Sembilan yang memenangi BMW X4 30i M Sport.
Manakala Tan Kim Tun yang mewakili Tunas Services Enterprise pula memenangi wang tunai kategori bukan individu sebanyak RM100,000.
Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank Bhd, Datuk Nor Azam M Taib mengucapkan terima kasih atas sambutan menggalakkan yang diterima sepanjang kempen berlangsung.
“Ini membuatkan kami terus bersemangat menambah baik produk dan perkhidmatan kerana MBSB Bank terus menggalakkan amalan baik dalam pengurusan kewangan dengan berkesan untuk kesejahteraan kewangan pelanggan kami yang lebih baik.
”Pelanggan-pelanggan kami adalah nadi kepada semua yang kami lakukan dan kempen in membolehkan kami memberi ganjaran kepada para pelanggan setia sedia ada dan pada masa yang sama, untuk menarik pelanggan baharu,” katanya semasa berucap dalam majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Serentak itu, Nor Azam mengumumkan kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya’ 2.0 bermula dari 1 September ini hingga 31 Mei 2023 dan penyertaan terbuka kepada pelanggan individu yang mempunyai akaun Simpanan atau Semasa dengan MBSB Bank.
Kali ini, kempen tersebut menawarkan hadiah bernilai RM2. 4 juta, antaranya pakej umrah dan pelancongan ke Eropah, kereta mewah seperti Mercedes Benz A200, Mercedes Benz C200, iPhone, konsol video permainan dan hadiah wang tunai.
Kepada pelanggan baharu yang berminat untuk menyertai ‘Simpan Berganda Menang Bergaya’ 2.0, mereka boleh membuka Akan Semasa atau Simpanan PrimeWin (CASA-i) MBSB Bank melalui permohonan secara dalam talian M Fast atau boleh juga mengunjungi mana-mana daripada 47 cawangan Bank MBSB yang terletak di seluruh negara. – MalaysiaGazette