Enam orang pondan ditahan kerana terlibat maksiat dan aktiviti tidak bermoral serta dadah di pekan kawasan Ampang dalam ops bersepadu pihak beerkuasa PDRM malam tadi. Ihsan OPD Ampang

AMPANG – Seramai enam individu disyaki mak nyah atau pondan ditahan di Pekan Ampang kerana didapati terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dan maksiat.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua mereka diberkas semasa operasi di sekitar kawasan Pekan Pandan Indah di sini malam tadi.

Operasi bersepadu yang bermula 10.30 malam tadi melibatkan  pasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ampang Jaya, Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Kesihatan Dearah Hulu Langat diadakan.

“Operasi bersepadu ini bagi membanteras kegiatan tidak bermoral dan aktiviti kumpulan mak nyah di kawasan Pandan Indah, Ampang.

“Hasil dari operasi yang dijalankan, seramai enam individu yang berpakaian menyerupai lelaki disyaki pondan yang menjalankan aktiviti maksiat dan tidak bermoral di sekitar kawasan pekan Pandan Indah, Ampang telah ditahan.

“Daripada enam individu yang ditahan, lima individu yang beragama Islam telah diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor manakala seorang individu yang bukan beragama Islam sedang disiasat oleh polis,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kesemua pondan (mak nyah) yang ditahan itu telah menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati seorang individu diuji positif dadah jenis ‘Amphetamine’ dan ‘ Methaphetamine’.

Dalam operasi itu, MPAJ telah bertindak merobohkan bahagian-bahagian dinding bilik yang dijadikan bilik sewa tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan juga telah dilakukan oleh MPAJ di Bawah Seksyen 79(3) Akta Parit & Bangunan 1974 Akta 133 dalam operasi tersebut.

Mohamad Farouk berkata, lima pondan itu disiasat di bawah Seksyen 30 Enakmen 9, Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian Iv Kesalahan Berhubungan Dengan Kesusilaan dan jika disabitkan kesalahan tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Manakala seorang lagi disiasat di bawah Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya manakala seorang individu yang bukan beragama Islam disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, polis akan meneruskan operasi bersepadu ini dari masa kesemasa bagi membanteras kegiatan tidak bermoral dan aktiviti kumpulan mak nyah terutamanya di Kawasan IPD Ampang Jaya. -MalaysiaGazette