Kajang Hulu Langat tahfiz centre madrasah bully bullies Mohd Zaid Hassan
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 28 JUNE 2021. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan. Foto HAFIZ SOHAIMI, 28 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki mengedar dadah di sekitar Kajang dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Semenyih, Kajang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, serbuan itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 11 malam.

Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu seberat kira-kira 839.60 gram dianggarkan bernilai RM83,960,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, ujian saringan air kencing menunjukkan suspek lelaki positif dadah selain memiliki rekod lampau bersabit kes dadah.

Pasangan berusia berusia lingkungan 30-an itu kini telah direman selama lima hari bermula Khamis lalu sehingga esok (Isnin) untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahannya, ujarnya.

Mohd Zaid meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah atau jenayah di kawasan Kajang dengan menghubungi talian 03-89114222. -MalaysiaGazette