Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu selepas Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) yakin dapat memenangi lebih 122 kerusi Parlimen sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Mei tahun depan.

Rakan PH, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, jika menang dan berjaya menguasai kerajaan Persekutuan, PH akan mengembalikan maruah Malaysia yang terjejas teruk di mata dunia.

“Rakyat perlu pilih semula PH dan beri kuasa untuk memerintah kerana itu sahaja dapat selamatkan negara dari terus hilang keyakinan masyarakat antarabangsa.

“Jika tidak kerana Langkah Sheraton yang menyebabkan PH tumbang, saya yakin kita mampu berjaya untuk penggal PRU15.

“Rakyat memang yakin dengan pemerintahan PH, tetapi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen PH, menyebabkan kita mampu selama 22 bulan,” katanya dalam satu majlis di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu, sekiranya Barisan Nasional (BN) memerinta semula, perangai lama parti itu iaitu korupsi akan menguasai pentadbiran.

Katanya, kekalahan BN PRU14 disebabkan kesedaran rakyat dengan pentadbiran kotor dan penuh rasuah. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. “Rakyat perlu pilih semula PH dan beri kuasa untuk memerintah kerana itu sahaja dapat selamatkan negara dari terus hilang keyakinan masyarakat antarabangsa.

    yang sanggup minum kencing MAT SABU /RAFIZI/ANWAR /KHALID SAMAD/GUAN ENG dan geng2 utk terus menikmati kencing P unah H arapan

Comments are closed.