discharged acquitted Ku Nan Tengku Adnan Tengku Mansor free conviction Tadmansori Holdings Aset Kayamas Chai Kin Kong corruption conviction
Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Putrajaya mahu gaji dan elaun kakitangan awam dinaikkan sejajar dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Lagipun, sudah lama tiada penambahbaikan dan semakan untuk skim gaji lama.

Kali terakhir penetapan gaji minimum kepada RM1, 200 adalah pada tahun 2013.

Manakala pemberian kenaikan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia kali terakhir pula hanya dilaksanakan pada 15 tahun yang lalu (2007).

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, peningkatan kos sara hidup yang dirasai seluruh dunia sudah pasti dirasai semua termasuk penjawat awam.

”’UMNO Bahagian Putrajaya memandang serius perjuangan ini dan memberikan sokongan penuh kepada CUEPACS untuk memelihara kepentingan penjawat awam di seluruh negara.

”UMNO Putrajaya meminta kerajaan mengkaji semula gaji dan elaun kakitangan awam sejajar dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tengku Adnan berkata, UMNO Bahagian Putrajaya juga bersetuju untuk turun sama berpiket bersama dengan CUEPACS sekiranya ia diadakan.

Tambahnya, kenaikan gaji dan elaun yang dicadangkan itu sedikit sebanyak membantu penjawat awam untuk menampung kenaikan kos sara hidup yang tidak boleh dielakkan.

Tambahnya, gaji penjawat awam di negara Asia yang lain juga adalah lebih tinggi mengikut dapatan purata yang dikeluarkan oleh Bank Dunia termasuklah India, Korea dan Thailand.

Selain itu, katanya, peningkatan gaji adalah penting untuk membantu kawalan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Kenaikan Gaji Tahunan yang dijanjikan Barisan Nasional ketika PRU ke-14 adalah wajar dipertimbang semula untuk menjaga kebajikan penjawat awam, ujarnya. – MalaysiaGazette