KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan akaun aplikasi Telegram miliknya digodam.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan bila aktiviti penggodaman itu dibuat terhadap akaunnya.

Malah beliau meminta agar mengabaikan apa-apa mesej daripada akaun berkenaan.

“Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” katanya di Twitter hari ini.

Pada bulan lalu, akaun Telegram Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut digodam.

Ia ekoran seorang individu didakwa menyamar sebagai dirinya dengan meminta wang menerusi aplikasi Telegram.

Perkara itu didedahkan oleh Wan Junaidi di laman Facebooknya pada 29 Julai lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast