Kebelakangan ini ramai anak muda yang memilih sektor tidak formal sebagai punca pendapatan. Malah ada yang sanggup untuk tidak melanjutkan pelajaran kerana memilih untuk bekerja sebagai penghantar barang atau makanan, pempengaruh (influencer) atau sekadar berniaga kecil-kecilan di tepi jalan.
Apakah punca kepada isu ini? Apakah ini satu perkembangan sihat? Jom borak dengan Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff dalam Borak MG.















