MELAKA – Melaka akan melancarkan Karnival Sains Melaka tahun depan yang memfokuskan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk memperkasakan lagi pendidikan di negeri ini.
Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata, cadangan itu selepas melihat kejayaan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah (KSTI) menganjurkan Karnival Sains Sabah yang sedang berlangsung ketika ini.
Menurutnya, beliau sendiri sudah berjumpa dengan Menteri KSTI, Datuk Yakub Khan bagi menjadikan karnival itu di Sabah sebagai contoh penganjurannya di Melaka tahun depan melalui koloberasi kedua-dua negeri berkenaan.
“Insya-Allah, kita akan berkoloberasi dengan kerajaan negeri Sabah untuk menganjurkan Karnival Sains Melaka yang dijangka diadakan tahun depan.
“Saya juga akan berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dari sudut bajet dan sebagainya bertepatan dengan SMART Melaka Blueprint 2035 dalam aspek pendigitalan ke arah menjadikan Melaka sebuah bandar raya pintar berteknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Belt and Road Initiative Symposium di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Menteri Kedutaan China Ke Malaysia, Tang Rui dan Naib Canselor UTeM Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin.
Mengulas lanjut Rais berkata, dalam lawatannya ke Sabah pada minggu lalu, pihaknya sempat melihat kejayaan Sabah yang berada di hadapan dalam bidang pendidikan terutamanya koloberasi dengan Yayasan Sabah dalam aspek kecemerlangan pelajar.
“Sebab itu, pada Karnival Sains Melaka tahun depan, angtara yang akan kita bagi tumpuan adalah tentang STEM, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette