Polis meminta kerjasama orang ramai yang menjumpai ketiga-ketiga remaja yang melarikan diri dari institusi kebajikan negeri ini untuk menghubungi balai polis berdekatan.

KUANTAN – Tiga remaja perempuan yang merupakan penghuni rumah kebajikan kanak-kanak di daerah ini dipercayai melarikan diri hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dua daripada remaja berkenaan juga merupakan pesakit psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Tambah Wan Mohd Zahari, warden wanita pada syif pagi menyedari kehilangan ketiga-tiga penghuni yang berusia 13,14 dan 17 tahun itu daripada asrama selepas dilaporkan oleh petugas syif malam.

“Pelajar yang berusia 13 tahun itu baru sahaja discaj dari Wad Dahlia HTAA pada 5 Ogos lalu telah melarikan diri manakala pelajar berusia 14 tahun turut sama melarikan diri bersama remaja 17 tahun yang juga merupakan pesakit psikiatri masih menerima rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Wan Mohd Zahari, pihak pengadu telah berusaha mencari kanak-kanak tersebut di kawasan sekitar tetapi tidak menjumpai sebarang petunjuk.

Justeru Wan Zahari menyeru orang ramai yang menjumpai ketiga-tiga remaja berkenaan untuk melaporakan ke balai polis terdekat.

“Laporan dibuat untuk tindakan mendapatkan semula rawatan ke Wad Psikatari HTAA serta untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat atau penemuan anak-anak rumah kebajikan itu boleh terus menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Hamie di talian 017-8477665. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast