KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendesak kerajaan menangguhkan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh bermula hari ini.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, sepatutnya siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sebuah syarikat yang didakwa terlibat dengan penyelewengan dalam pemilihan 25 syarikat sebagai ejen yang merekrut pekerja Bangladesh selesai terlebih dahulu.
“Kita bukan tidak menyokong inisiatif kerajaan yang hendak membawa masuk pekerja asing memandangkan pelbagai sektor memerlukan tenaga kerja walaupun dari awal lagi MHO sudah menyarankan boleh menggunakan pakai pekerja tempatan mahupun golongan ‘stateless’.
“Tetapi pada masa sama, semuanya perlu telus. Rakyat tertanya-tanya juga. MHO mendesak supaya SPRM siasat secara menyeluruh dakwaan penyelewengan pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hishamuddin mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki suruhanjaya itu telah menjalankan serbuan ke atas sebuah syarikat milik seorang Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan isu kemasukan pekerja asing.
Hishamuddin berkata, untuk mengelak berlaku salah guna kuasa, adalah baik sekiranya kemasukan pekerja asing dari Bangladesh itu ditangguhkan. – MalaysiaGazette